Powered by Blogger.
To Save Your Family, Buy Gold...... To Help Our Nation, Keep Gold...... To Follow Your Religion, Use Gold.

Krisis Kewangan ~ Buatlah Simpanan Pertama

Friday, January 14, 2011

Sumber : Blog AMYGOLD 9999
 
Banyakkah Simpanan Anda?
Maka tidak hairan ada yang hilang duit, hilang kawan, hilang saudara, hilang keluarga yang lebih teruk lagi bila hilang diri.


Ini akibat daripada sikap kita yang tidak merancang. Bagaimana anda boleh tahu anda dalam keadaan kewangan taraf tiada bintang atau satu bintang.

Pertama sekali bila masuk minggu kedua dah mula tengok kalender bila gaji bulan depan.

Kedua pergi ke ATM dengan merapatkan badan ke mesin...(takut orang lain nampak baki atau pin number (sangka baik)...)

Ketiga asyik tengok tangki minyak..cukup tak cukup bertahan sehari ke sehari.

Keempat akan bising bila, anak bawa surat untuk derma atau yuran.

Kelima pergi pasar atau kedai dengan pembelian berhati-hati takut tak cukup $$$ (baru je nak jimat)

Keenam asyik belek beg duit (fikiran akan menghitung...cukup tak cukup hingga hujung bulan

Ketujuh, apa lagi mula cari saki baki simpanan yang ada di bank. Tempat rujukan popular LUTH ( itupun kalau ada simpanan)

Kelapan, fikiran mula membelek borang untuk mengisi langganan kad kredit. Manakala yang telah memiliki kad kredit, mula beli barang dengan menggunakannya. Perkara yang lebih parah, apabila anda menggunakan pendahuluan dari kad kredit.


Apabila keadaan ini berlaku, pastinya anda tidak akan tenteram sehinggalah hari gaji. Adakah anda ingin ia berterusan begini...Tekanan ini dicipta oleh kita sendiri.


Namun sekiranya hal ini telah berlaku atau sedang atau akan berlaku pada diri anda, maka masih belum terlambat jika tidak digelar bangkrap...(hush!!! moga dijauhkan,amin). Segera! muhasabah diri.taubat segera!


Anda jangan risau semua orang pernah buat kesilapan, yang penting anda sedar diri dan terus memperbaikinya segera.


Apakah kaedah terbaik?

1. Ambil satu kertas dan pensil tulis pendapatan anda.
2. Anggarkan simpanan 10-20% (simpanan perlu diambil kira dahulu sebelum berbelanja)
3. Kategori bayaran bulanan anda;
3.1 Utiliti ( Elektrik, Air dan Telefon)+ saluran TV berbayar
3.2 Bayaran beli rumah atau sewa rumah, bayaran kereta,pembantu rumah,pengasuh anak
3.3 Duit Minyak sebulan
3.4 Duit Sekolah Anak
3.5 Duit Belanja suami atau isteri
3.6 Duit belanja pasar dan keperluan harian
ops lupa pula
3.7 Duit kredit kad
3.8 Bayaran pinjaman bank, pelajaran
3.9 Bayaran lain-lain (insuran, road tax,beli baju,kasut,belanja kawan,keluar makan dll)
3.10 Cuba buat catatan harian perbelanjaan sehari hingga sebulan


Bertambah panjang senarai berbelanja anda bertambah berat tanggungan anda. Lebih panjang senarai berbelanja semakin mengecil baki anda. Tambahan pula senarai tersebut melibatkan angka yang besar. Lebih panjang senarai berbelanja anda lebih lambat anda mengukuhkan ekonomi keluarga.


Setelah membuat senarai, perincikan pula.
Contohnya
1. Kad Kredit.
Kad Kredit (A) RM *****.**, Kad Kredit (B) RM *****.**
2. Utiliti
2.1 Elektrik RM ***.**
2.2 Air RM **.**
2.3 Telefon RM **.**
2.4 Internet RM **.**
2.5 Bil H/phone Ayah RM ***.**
2.6 Bil H/Phone isteri
2.7 Bil H/Phone anak
2.8 Bil langganan tv berbayar


Setelah itu cuba ;

1. letakkan mana yang suatu kemudahan tertinggi dan yang mana hanya gaya hidup mewah. apabila telah kenalpasti maka ;
2. letakkan bajetnya iaitu maksimum penggunaan setiap kemudahan tadi ;
3. Lancarkan program penjimatan keluarga.Kempen jimat elektrik,air,handphone,tutup kemudahan yang berbayar yang tidak perlu.
4. Rancang perbelanjaan makan diluar.
5. Rancang pergerakan menggunakan kereta. Misalnya sekali keluar selesaikan semua urusan.
6. Semak semula catatan belanja harian dan bulanan. Cuba semak semula, perbelanjaan.
7. Jika ada iklan, buat perbandingan dengan kemudahan yang sedang anda lakukan cari yang menjimatkan. jika tidak lupakan sahaja...


Saya amat yakin anda boleh mengatasi krisis kewangan keluarga jika anda;
1. Ada kesungguhan untuk memperbaikinya
2. Memikirkan masa depan keluarga dan diri anda
3. Merancang untuk mengukuhkan kewangan keluarga.
4. Fikirkan usia kita semakin meningkat.


Ingatan buat diri saya dan saudara...jangan biarkan diri kita bekerja dan mendapat gaji untuk dinikmati dengan mudah oleh juru jual...dan kita menjadi hambakepada mereka untuk mencari duit dan berbelanja untuk kekayaan mereka. Fikir fikirkan lah...


Semoga anda dapat membuat simpanan yang pertama...

Read more...

Emas Sebagai Pelaburan Alternatif

Emas Sebagai Pelaburan Alternatif:-

Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas.

Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.


Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns.

Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus.

Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.
Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus.

Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.
Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas.

Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.
Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram.

Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.
Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini.

Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.

Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.

Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama.

Pertama penyusutan nilai dolar Amerika.

Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.
Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika.

Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.
Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini.

Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.


Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi.

Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.
Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.
Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh.

Dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.
Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value.

Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.

Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).
Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom.

ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.
Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini.
Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.
Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.
DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Read more...

50 Fakta Menarik Tentang Emas

Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas:-

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)

3. Nombor atom untuk emas adalah 79

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,barang kemas,hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang.Ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.

13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.

14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.

15. Emas adalah logam peralihan.

16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.
Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.(perak,kuprum)

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-
Kekerasan
Kekuatan
Sifat kelogaman(metallugical)
Suhu lebur
Perubahan warna sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.


26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan agen hakisan yang kuat

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-
Hasilnya adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat:-
1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.


32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.

36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang.
Jumlah emas yang disimpan bank negara = wang yang dicetak

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.

38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)

46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat.

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

Read more...

Dinar Emas - Pandangan Tun Mahathir

1. IZINKAN saya jelaskan pandangan saya terhadap kegunaan dinar emas yang saya cadangkan.

2. Saya telah cadang dinar emas digunakan untuk dagangan antarabangsa sahaja. Saya tidak pernah cadang dinar emas diguna sebagai matawang mana-mana negara untuk kegunaan harian.

3. Walaupun harga emas lebih stabil daripada matawang, tetapi nilai emas juga bergerak. Semasa Perjanjian Brettonwoods satu auns emas bernilai $35 Dolar Amerika. Tetapi sekarang satu auns emas bernilai $1,300 Dolar Amerika. Ini bermakna nilai Dolar telah jatuh degan teruk. Namun untuk dagangan antarabangsa Dolar masih diguna.
4. Jika satu syiling emas diberi nilai 1 Ringgit hari ini umpamanya dan kemudian nilai emas meningkat maka sudah tentu pemilik syiling emas tidak akan gunanya untuk membeli-belah dengan bernilai satu Ringgit. Mereka akan guna wang kertas 1 Ringgit. Syiling emas akan disimpan.

5. Lama kelamaan semua dinar emas yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa akan hilang dari pasaran. Walau banyak mana sekali pun pihak berkuasa mengeluar dinar emas akhirnya akan habis emas yang disimpan. Inilah yang berlaku pada Amerika Syarikat yang pada satu masa memiliki 80 peratus daripada simpanan (reserve) emas dunia.

6. Mekanisma yang lain akan diguna untuk dagangan antarabangsa dengan dinar emas. Simpanan matawang emas tidak perlu dalam bentuk syiling tetapi sebagai bata atau jongkong emas yang nilai-nilai akan mengikut harga emas dalam pasaran.

7. Bayaran untuk dagangan akan dibuat oleh bank pusat setelah dihitung nilai eksport dan nilai import antara dua negara. Jika import melebihi eksport maka negara berkenaan akan bayar dengan nota kredit bersamaan jumlah nilai emas sebanyak kelebihan nilai import tolak nilai eksport.

8. Jika pada bulan hadapan eksportnya ke negara berkenaan melebihi nilai import maka bayaran untuk kelebihan ini boleh dibuat dengan nota kredit bulan lepas.

9. Dengan cara ini tidak ada keperluan membayar dengan emas walaupun emas menentukan nilai barangan yang didagangkan. Hanya bayaran dibuat untuk lebih atau kurangnya eksport dengan import secara total dengan negara-negara berkenaan tiap bulan atau minggu. Jika nilai import adalah sama dengan eksport, bayaran tidak perlu dibuat. Ia menjadi dagangan secara barter (tukar barang).

10. Dengan menggunakan emas untuk menentukan nilai dagangan, Dolar Amerika yang jelas tidak stabil tidak perlu digunakan lagi. Permainan oleh penyangak matawang juga akan terhenti.

Read more...

Kenapa Harus Simpan Emas

Membuat pelaburan semaksima mungkin
jana simpanan anda ke arah yang lebih selamat dan berNILAI
80’an harga emas RM30/gram,
Kita kata emas itu mahal! Kita tak mampu

90’an harga emas RM80/gram,
Kita kata emas itu mahal! Kita tak mampu juga
2010 harga emas CECAH RM160/gram,
Memang emas itu mahal! Tapi kita masih kata, kita tak mampu!
Jadi BILAkah masanya kita MAMPU?,
bila masanya kita HARUS katakan kita PERLU simpan EMAS?
Tanya diri anda sendiri dan buat kira-kira anda sendiri. Sekiranya anda beli pada tahun 90’an dengan harga RM80/gram dan pada 2010 anda jual dengan harga 160/gram?! Itu kalau anda pegang 1 gram (sebesar pasir). Cuba mulakan dengan 20gram dengan nilai lebih kurang RM3k, bayangkan nilai 20gram itu cukup 1 tahun yg akan datang sahaja. Bayangkan pula 10 tahun nilai emas yang disimpan. Setiap hari kita masih belum terlambat untuk bertindak kerana emas senantiasa bernilai dimata dunia.
Mulakan dengan menyimpan 1 bulan 1 dinar (anggaran RM660 , 2010)
atau sudah cukup perhiasan diri, kenapa tidak simpan gold bar/coin 20gram (anggaran RM3k, 2010)

Read more...

Kenaikan Emas 29.76% Untuk Tahun 2010

Friday, January 7, 2011

Salam warga GuaEmas... Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi Allah pada Tahun 2011 ini.. Berkesempatan dengan ini, masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua.. Semoga dengan kedatangan tahun baru ni kita semua diberi peluang untuk bertambah sukses, seiring dengan kenaikan harga emas... ;) amin...

Harga emas ditutup tinggi minggu lepas pada penghujung tahun 2010.. Ini secara langsung menaikkan kenaikan harga emas sebanyak 29.76% sepanjang tahun lepas...!!! Tengok graf di bawah:

Graf kenaikan emas pada tahun 2010

Harga emas ditutup pada USD1421/Oz sejak jumaat lepas. Harga yang agak tinggi aku kira sejak emas berlegar-legar sekitar USD1350/Oz ke USD1390/Oz pada minggu-minggu sebelumnya. Sebelum krismas haritu harga emas jatuh kejap, ingatkan boleh maintain pada minggu sebab ramai yang masih dalam 'mode' cuti nak sambut tahun baru tapi rupa-rupanya sebelum tahun baru pon dah naik.. Alhamdulillah. Rasanya bila market dah open balik minggu depan boleh naik lagi tinggi ni. Kita tunggu dan lihat...
Harga produk Public Gold yang ditutup minggu lepas

Kita diingatkan untuk tidak terlalu taksub dengan kenaikan harga emas ni. Macam-macam spekulasi orang ramai dan pakar-pakar ekonomi pasal emas ni. Yelah, emas ni harga nya terlalu cepat naik dan tak mustahil harga nya boleh turun dengan mendadak seperti harga-harga barangan komuditi yg lain, MUNGKIN... Aku tak berani nak kata harga emas bole mencapai 30% untuk tahun 2011 tapi suka aku nak tegaskan di sini bawahasanya emas dan perak adalah aset, harta dan kekayaan yang sebenar! Kalau korang yang beragama Islam, kita pegang saja kepada hadis di bawah ni,

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Apapon pihak GuaEmas mendoakan kejayaan dan kecemerlangan kepada semua pihak. Harapan aku agar tahun ni akan menjadi tahun yang lebih sukses, lebih masyuk dari tahun-tahun sebelum ni kpd kita semua.. insya Allah.

Read more...

Empat sebab kenapa harga emas boleh mencecah U$2,500/oz pada masa depan

Sumber :  http://emas2011.blogspot.com/

Di dalam buku The Trader’s Great Gold Rush, karangan James DiGeorgia yakin harga emas boleh naik mencecah USD 2500 / Oz kerana 4 sebab utama:

1-Emas adalah merupakan komoditi dimana harganya akan naik atau turun berdasarkan permintaan pasaran.

2-Nilai USD yang lemah akan meningkatkan harga emas

3-Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis politik (perang atau ketidakstabilan politik)

4-Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis ekonomi.

* Beliau menyatakan “Apa yang menarik mengenai harga emas ialah trend kenaikan harga emas - bull market boleh bertukar menjadi raksasa”.
* Harga emas tidak akan naik terus menerus dalam garisan lurus, akan berlaku penurunan harga semasa proses kenaikan (market correction), tetapi di dalam jangkamasa panjang harga emas akan meningkat.
* Beliau memberikan nasihat berikut ” Beli emas sebagai pelaburan sekarang sebelum pasaran emas menjadi panas (orang berpusu-pusu membeli emas). Lepas tu kita boleh bergembira melihat kenaikan harga emas daripada USD1000 kepada USD2500″

Penting bagi anda sekarang untuk MEMBELI EMAS DI AWAL TAHUN BERMULA SEKARANG TODAY JANUARI 2011. Potensi kenaikan harga emas adalah tinggi pada masa ini. Ada duit beli jer emas sebagai aset yang tidak akan susut nilai dan ditelan inflasi.

Read more...

Dr. Mahathir Galak Rakyat Simpan Emas

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.

"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.

Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.


MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).

Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan

Read more...

Emas Public Gold

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP