Powered by Blogger.
To Save Your Family, Buy Gold...... To Help Our Nation, Keep Gold...... To Follow Your Religion, Use Gold.

Tukar Duit Anda Kpd Emas

Thursday, March 10, 2011

Seorang sahabat ada bertanya dgn sy, beli emas kemudian pajakan. Dan duit pajakan itu simpan di ASB. Apa kah cara ini boleh menjana keuntungan dari kenaikan emas dan dividen dari ASB itu? Sy cuba buat pengiraan seperti dibawah.


1- Katakan anda ada duit RM15,600 di ASB. Dan jika disimpan dlm masa setahun, anda akan perolehi RM1,248 jika kadar dividenya 8% setahun

2- Jika duit ini anda tukar dan beli emas 100gm dan nilai emas semasa ketika itu katakan RM15,600. Kita anggarkan kenaikan emas 18% setahun (ambil kenaikan tahun 2010). Genap setahun, nilai emas anda ialah RM18,408, bertambah RM2,808

3- Oleh kerana anda khuatir menyimpan emas dirumah, dikhuatiri hilang dicuri, anda simpan/pajak di Ar-rahnu sebagai peti simpanan anda. Kadar emas anda di nilaikan oleh Agro Bank ialah RM165 per gram (kadar semasa, sy genapkan). Anda akan diberi pinjaman 70% bersamaan RM11,550 dari nilai emas anda RM16,500. Kadar upah yg anda perlu bayar utk 12 bulan ialah RM1,485 bersamaan 12.85% setahun

4- Duit yg anda terima sebanyak RM11,550 anda simpan di ASB. sebagai pelaburan. Bila genap setahun anda akan perolehi dividen RM920.

Setelah genap setahun, anda keluarkan duit anda RM11,550 dari ASB dan bayar upah simpan dan tebus kembali emas anda. Anda akan perolehi :

- Untung kenaikan emas 100gm anda sebanyak RM2,808
- Dividen ASB RM920

Jumlah keuntungan anda ialah RM3,728. Setelah di tolak upah simpan emas di Ar-rahnu RM1,485, jumlah keuntungan bersih yg anda perolehi ialah RM2,243.

Kesimpulannya :
1. Jika duit pajakan Ar-rahnu itu disimpan di ASB, ia akan mengurangkan keuntungan anda.
2. Jika duit pajakan Ar-rahnu itu dibelikan emas, simpanan emas anda bertambah dan anda perolehi keuntungan diatas kenaikan emas tambahan anda itu.
3. Jika anda ingin jadikan Ar-rahnu sbg peti deposit simpanan emas anda, adalah lebih baik anda sewa 'peti deposit' di bank yg kadar sewanya lebih murah serendah RM100 setahun berbanding dgn upah simpan yg perlu dibayar lebih kurang 12% setahun di Ar-rahnu.




Sekiranya anda rasa anda tidak dpt mendisplinkan diri dgn menyimpan duit dibank/ASB kerana dikhuatiri anda 'terguna' duit simpanan itu, adalah lebih selamat dan lebih baik ditukarkan simpanan anda kpd simpanan emas. Duit ditangan/bank amat mudah untuk dikeluarkan pada bila2 masa. Kebarangkalian utk anda menggunakan duit itu mmg ada.

Sebagai contoh katakan, anda ada RM15K dibank. Anda 'terguna' duit anda sebanyak RM5K. Bermakna, nilai duit anda dibank kini RM10K saja. Untuk anda kumpul semula RM15K, katakan anda simpan RM500 sebulan, dlm masa 10 bulan baru duit anda terkumpul RM15K kembali.

Berlainan pula jika anda ada emas ditangan yg bernilai RM15K. Anda pajakan (Ar-rahnu) sebanya RM5K utk kegunaan anda, dan tebus kembali dlm masa 10 bulan. Ketika anda tebus emas anda itu, nilai emas anda bukan lagi RM15K. Mungkin ketika itu nilai emas anda sudah menjadi RM16K atau mungkin juga lebih. Berbanding dgn duit anda....nilainya tetap RM15K.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP